Monday, 30 April 2012

‎~wahai lelaki, Hati wanita mudah pecah..jangan kau usik hati wanita jika tiada niat untuk memperisterikannya~

Assalammualaikum readers..hari ni saya nak berkongsi pengalaman yang mungkin saya sendiri dan juga readers  di luar sana yang pernah mengalaminya..



PETIKAN PUISI DARI>>   Mencari Sinar Kebahagiaan 

~la tahzan~


kerana cinta harus memilih


ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia
akan menjadi teman menapaki hidupku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu abadi

dan ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanla aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

dan ya Allah..
yang Tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah..
cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjurus aku ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
amin..ya Rabbal alamin

"..aku mencintainya kerana agama
yang ada padanya..jika
hilang agama dalam dirinya
maka hilanglah cintaku padanya.."
(Imam Nawawi)


 SALAM..SEMOGA KAU MENGERTI..=')


No comments:

Post a Comment