Monday, 30 April 2012

INDAHNYA DAKWAH ITU..

Assalammualaikum readers..seperti biase saya akan share untuk anda ape yang saya dapat hari ini..
anda semua tahu kita sebagai umat Islam bertugas sebagai khalifah dan tugasnya untuk menyampaikan dakwah..jangan menganggap ia sesuatu yang membebankan sebaliknya sesuatu yang beroleh kerahmatan Allah..

PETIKAN IKHLAS>>  Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah


✿~ Dia buat BAIK dengan kita, kita buat baik dengan dia..
✿~ Dia buat JAHAT dengan kita, cuba SEBAIK MUNGKIN untuk baik dengan dia..

Hopefully,
Boleh buat dia TERSENTUH dengan AKHLAK KITA..
Indirect dakwah..

p/s : Dakwah itu terlalu INDAH..maka, resapilah setiap hari, setiap saat..betapa NIKMAT berada di jalan dakwah ini..♥♥

Assalammualaikum..kadang-kala perasaan seorang hamba Allah tidak dapat lari daripada ingin mencintai dicintai..namun untuk mengawal nafsu dalam rasa cinta itu bergantung kepada iman seseorang hambanya untuk mengelakkan diri dari mendapat laknat ....nauzubillahiminzalik..semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya..

PETIKAN DARIPADA NASIHAT>>  Islam Itu Indah



♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi
 ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"








‎~wahai lelaki, Hati wanita mudah pecah..jangan kau usik hati wanita jika tiada niat untuk memperisterikannya~

Assalammualaikum readers..hari ni saya nak berkongsi pengalaman yang mungkin saya sendiri dan juga readers  di luar sana yang pernah mengalaminya..



PETIKAN PUISI DARI>>   Mencari Sinar Kebahagiaan 

~la tahzan~


kerana cinta harus memilih


ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia
akan menjadi teman menapaki hidupku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu abadi

dan ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanla aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

dan ya Allah..
yang Tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah..
cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjurus aku ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
amin..ya Rabbal alamin

"..aku mencintainya kerana agama
yang ada padanya..jika
hilang agama dalam dirinya
maka hilanglah cintaku padanya.."
(Imam Nawawi)


 SALAM..SEMOGA KAU MENGERTI..=')


Saturday, 28 April 2012

*KEREDHAAN, KESABARAN DAN KEMANISAN*

Assalammualaikum readers saya nak kongsi pic dari satu page yang saya like di facebook >>

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah

soo00, ape tunggu lagi check it out laa nanti..tp tunggu dlu bce la description pic ni kat blog saya dulu baru la nak like page  kat atas ni..hmmm! >,<

>>cantekkan walaupun kakak ni hanya kartun semata2...naseb badan ( =.= )


apabila kita diuji dengan ujian yang berat maka BERSABARLAH dan REDHA dalam menghadapinya kerana ketauilah bahawa Allah sedang menguji hambanya....

jangan la pulak bila kena cuit sikit >>

hah..amboii..salah sape tu?? xpe abang no.8 malaysia boleh ok?? aaaumm!

soo,kesimpulannya hadapilah dengan hati yang tenang ok? 
sayang-sayang ALLAH , sayang-sayang NABI..hah gitu..kan saya daa nyanyi....=p
heh suare sedap tak sedap bantai je laa...

p/s: bila kita SABAR dan REDHA hasilnya dapatlah kita merasai KEMANISAN IMAN !

yes: this is the best way!

salam. =)


Friday, 27 April 2012

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Fitnah Kubur?

Assalammualaikum readers...
kali ni saya nak berkongsi satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan umat Islam pada hari ini...Jika diikutkan seringkali kita mendengar doa yang berbunyi "hindarilah diriku dari fitnah kubur, fitnah neraka, fitnah al-masih al-dajjal.." tetapi ada sesetengah yang tidak mengerti maksud fitnah kubur!
hmmmmmmmm....merunsingkan..jadi selamilah dan hayatilah isi kndungan setiap doa yg dibaca ( BIARLA SAMPAI ORANG KATA "APE MINAH/MAMAT NI FEELIN SGT NAK BERDOA SAMPAI NANGIS RIAK LA TU!" : yang penting kita ikhlas,khusyuk )

saya kongsikan selepas membaca buku edisi pertama isu perdana majalah al-ustaz( belilah kalo bole mmg bez tahap gaban terbaek dari ladang segala bagainye pon hdoyaii acai punye ayat dengan mail lambong )
>>>



Berbalik pada persoalan tadi ...fitnah kubur merupakan pertanyaan mungkar dan nakir ketika kita ditanyakan tentang tuhan,nabi dan agama.

Adapun orang beriman, maka ia menjawab: Tuhanku ALLAH, agamaku ISLAM,cdan nabiku MUHAMMAD S.A.W

Adapun orang musyrik berkata "SAYA TIDAK TAHU".

Adapun orang munafik berkata "SAYA TIDAK TAHU DAN HANYA MENDENGAR ORANG LAIN BERKATA LALU MENGIKUTINYA".

Dalam SURAH IBRAHIM ( ayat 14:27)
 ~ Allah meneguhkan (iman) orang2 yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan       diakhirat . Allah menyesatkan orang2 zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. ~

HADIS MUSLIM daripada BARRA BIN AZIB r.a daripada RASULULLAH S.A.W
~Siapa rabbmu? ia menjawab, rabbku Allah. Nabiku,Muhammad s.a.w~

Thursday, 26 April 2012

♥ indahnya ukhuwah antara kami ♥

Assalammualaikum readers sume yang sudi merayau-rayau kat blog saya ni..
hari ni saya tak ada apa pon nak dikongsikan harap maklum saya candidate spm 2012..
apa-apapon saya akan update ceramah terkini yang saya bace dan kongsikan pada anda semua ya..
untuk kali ni saya hanya ingin memperkenalkan bestiee yang menjadi tulang belakang saya selain mama,abah,abangs,kakaks, n adikku..mereka sudi membantu saya walau dalam masalah sekecil seperti tudungku peleot hinggalah sebesar seperti soalan addmath yang entah bila bku latihannya akan kuhantar..hehe..saya sayang anda semua   

ERIN: opps gamba senget harp maaf! timbalan pengawas 2 >.<



MELL: the beautiful one 

ALYN: the cool one

SHAZZ: the fashionista one

                                   
YAYA: the mother-like one

BELLA: the sunny chubby one

ZHIKIN: the kiddy smaller one

LINDA: the dearest one

SHIKIN: the k-pop one

ATIKA: the athletic one


in memories........hang out nanti tau! >>



                                     
FYKA: the hottest kerek one

MRYM: the naughty gedik one

FARA: the gorgeous one

IESMA: the crazy laugher one

GHAH: my childhood sister <3



SAYA SAYANG ANDA SEMUA !









Wednesday, 25 April 2012




CINTA TERINDAH

Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah nyata yg pernah terjadi di Bumi ini...

Sekian ratusan tahun yang lalu...

.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya. seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya si suami pulang larut malam. Si isteri bingung... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tidak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu. namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Si suami tercinta belum juga datang.

Tidak berapa lama kemudian....

seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.

Lelaki ini adalah suami dari si wanita tersebut.

Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa.

Namun, ketika ingin mengetuk pintu.., terpikir olehnya Si isteri yang tengah terlelap tidur. ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya.



Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga melebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidakk ingin membangunkan isteri tercinta, Si suami lebih memilih tidur di luar rumah..

di depan pintu...

dengan udara malam yang dingin melilit...

hanya beralaskan selembar serban tipis.

Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi..

kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah..


dibalik pintu tempat si suami melebarkan kain serban dan berbaring diatasnya..

Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu.

Tidak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.



Namun, kerana risau rasa mengantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Si suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu suaminya di depan pintu dari dalam rumahnya.



Malam itu...
tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana. kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Si Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada suaminya dan si suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada isterinya.

dan Nun jauh di langit....

ratusan ribu malaikat pun bertasbih....

menyaksikan kedua sejoli tersebut...



SUBHANALLAH WABIHAMDIH


betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...

saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...



TAHUKAH ANDA... siapa mereka..?

Si suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.

dan

si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.



Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan,

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut.

Aamiin...Aamiin ya rabbal'alamiin....